Tuesday 30 June 2015

Tuah Ayam Nampak Di Kaki

 
Assalamualaikum. Hai.
 
Cita dia sekarang ni aku memang bosan . Sebab tu tetibe tibe je rajin nak hupdate segala macam blog. Kalau tengok kat Facebook pon da makin active Nampak sekarang :p
Haa.. Haa.. Nampak sangat dah tu aku ni da macam orang takde life. Life hanya dihujung jari .
 
Malas aku beromong panjang,nyah kau!
 
Ramai tanye aku macam mana dapat kerja sampai sini? Actually aku malas la nak cite . sebab Nampak macam aku ni ye ye eerkk je kan , padahal baru duduk tak sampai setahun, gayo cito da macam bertingkek tingkek . alahai .
Tapi alang-alang ramai PM kat FB, moh ler aku jawab sekali terus
 
Actually aku pon tak sangka dapat, waktu aku interview tu, sebabnya just cuba nasib je .
Tambah pulak baru 1 tahun lebih weh experience, kau fikir ade orang pandang sangat dengan experience ciput kau tuh? Tapi tu la orang kata
'Tuah Ayam Nampak Di kaki , Tuah Manusia siapa yang Tahu'
Gitu... kejengjeng !
 
 
Cuba nasib pon sebab member yang beriya suruh. Dia cakap ' Kalau tak cuba , mana kita nak tau dapat ke tak kan'
Then, time cuti kerja pergi la kat agency ni , nama dia Melorita
 
Sampai je kat situ.
Soalan pertama diorang Tanya experience berapa lama ..
mau tak ketar ketar lutut weh!
tapi muka confident : 1 tahun 7 bulan .(konon-konon kalau sebut setahun tu orang terima) 
orang india tu pandang : (membuntang mata dia, sah da aku ni takkan dapat 'monolog dalam hati')
dalam hati : hermmmm nayaaa nayaaa memang tak dapat da aku ni... habis duit minyak aku datang sini? cis ! da la jauh..
Tetapi tetibe tibe, die pergi jumpa supervisor tanye boleh ke proceed kes macam aku ni..
keluar je dari bilik tu dia bagi positive feedback and cakap
'okay, please come for the next interview, if u pass, then you can proceed with another interview which is deligation interview'
wohoo! time tu rasa nak melompat-lompat toing toing! baru dapat pergi interview, diorang tak cakap lulus pon lagi.. hehe!
 
Then, bila jumpa dengan second interviewer tu.. sekali dia bercakap , rasa macam nak pecah pintu kaca kat melorita tuh? bapak laa kuat! mau aku tak cuak.. mengucap panjang je la ...
Soalan pertama yang dia Tanya pon, berapa lama experience...eee! spoilt la!
then, aku jawab : 2tahun.. Menjerit orang tuh weh ! aku serious wehh serious cuma time tu nak gelak pon ada..heheh! Die pergi panggil orang yang accept aku tuh! So time tu tak jadi la kan nak gelak, so mood tukar jadi sedih..
 
Part paling aku ingat, bila dia interview, dia tanye..
'what is your advantage?'
kau tau ape aku jawab??
'I can detect early abnormalities! masalahnya aku sendiri pon tak faham ape yang aku jawab, sengal tak sengal?! Kau ingat kau tu CT Scan ke syahida??
 
And Sesiapa yang nak cuba interview.. korang study la sikit2 pasal any senarior.. tambah tambah kalau korang ade banyak experience.
 
After that, lepas 2 bulan baru la interview dengan pihak hospital.. and passed! Alhamdulillah .. Disinilah aku sekarang..
 
Syukur sangat2, so sesiapa yang nurse... kalau korang nak cuba, cuba je lah.. siapa tak cukup experience aku nasihatkan pergi as walk in kat agency, mana la tau orang tu tengok muka kau, sejuk mata dia, terus dia terima :p
 
Okay, Selamat mencuba !
 
Chau!
 
 

Saturday 21 December 2013

Kita Manusia Biasa

Assalamualaikum....

Aku tak boleh nak lelap pulak, biler dah terjaga dari tidur dalam lingkungan pukul 4.30am tadi. Jadi, aku terpanggil untuk update blog .. disebabkan teringatkan sorang patient, apa condition dia sekarang..

Bukan  niat untuk mengaibkan .. tapi, sebagai pengajaran untuk aku, kau, die , kita dan kami hamba Allah s.w.t :) Amin. 

Alhamdulillah,entry minggu lepas , aku cerita pasal syukur, so, kali ni lebih kurang jugak, korang boleh la kalau nak relate ngan entry minggu lepas, okay ?

Firstly, aku syukur, sebab aku berada dalam bidang nursing, yang mane, bidang yang orang-orang kite nampak selekeh, jijik dan kotor. Takpe, sebab Aiman tak kesah . Kalau Aiman pon tak kesah.. apentah lagi aku. 

Kenapa jijik? Kenapa kotor?
 Sebab nurse kena basuh taik, cuci punggung, bau muntah ?

 Kalau macam tuh, korang fikir, kalau kita sakit nanti..bayangkanlah jika tiada siapa nak jadi nurse .. siapa nak take care dekat kita kalau semua orang tak ada dekat sekeliling kita, terutama family. 

And bila kita sakit, time tu korang baru tahu siapa yang sayang dekat kita 
siapa yang tidak. siapa kawan kita , dan siapa yang tidak. 
 And on that time too, kita baru dapat menilai,
harta boleh cari
tapi kesihatan tidak sama sekali

Jadi jangan sombong. Aku ulang sekali lagi, jangan sekali kali sombong samada dengan Allah, atau dengan manusia *reminder to myself*. 

Yes,jangan kate kau, aku pon kadang-kadang tak pijak atas bumi yang nyata.. biasalah manusia, ada masa kita kat atas, dan ade masa jugak kita kat bawah.. bila dah kat bawah baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah.. jadi ambik cerita aku ni sebagai pengajaran :)

Dulu ade sorang patient warded dekat ward aku..nak dijadikan cerita.. So, aku pun pergi kat die.. aku bermesra la konon, sekali die jeling je dekat aku... terdetik dalam hati, amboi, sakit sakit pon nak sombong ke ?... Then, aku tahan je la.. rupa-rupanya member aku cakap jugak, dia pon kena benda yang sama...start dari itu, perhatikan tahap kesihatan dia.

Dan ade seorang lagi patient had done under the same operation and with the same doctor... tapi patient yang kedua ni sangat ramah dan baik :) seriously, the operation date pon sama. Tapi patient yang 1st, ada complication,  Aku pun tak la syak apa-apa,tak pe, buat kerja macam biasa.. 2nd patient hari ke 3 dah balik , sihat walafiat dah. Tapi 1st patient the condition getting worse than before.. bila lama- lama aku tanya senior, kenapa ye boleh jadi macam tuh?

Senior aku cakap, ni perkara biasa..
 tengok keadaan biler die sebelum operation, die sombong kan? aku angguk, sepanjang senior aku kerja.. dia cakap, orang yang macam ni , kebanyakannya akan mengalami situasi yang sama. dari situ, aku tersentak!

 Ya Allah, takutnya !

Situasi kedua, ni patient lain

Waktu fisrt time aku jumpa dia, dia seriously, buat aku marah, dengan lagaknya, bercakap tapi main handphone? sampai aku tertanya- tanya, where is her respect? hilang dah ke ? 

Takpe, hari kedua, die tengking nye aku disebabkan benda yang kecik tapi takde lah tengking teruk, cuma suara dia sendikit meninggi, jadi dari situ aku dah start sakit hati.. sampaikan kalau die panggil, aku kalau boleh taknak attend dia. u see sampai macam tu sekali, tapi disebabkan kite nurse, must be professional la dalam segala situasi .

hari ke 3, operation. yes, she looks fine. 

Tapi hari ke 4, dia complained perut rasa keras, maybe bloated, and complained muntah-muntah hijau (bile) 

Aku jadi.. haishhh!!!muntah lagi , dah bagi 3 ubat muntah, kurang kuat, separa kuat, habis kuat pon muntah lagi. (sebab fikir dia fussy la ape la) *perasaan jahat, syaitan goda*

hari-hari seterusnya complained benda yang sama, sampai dia nangis-nangis, selain daripada line drip die tu selalu bengkak, and selalu kena reset baru, still tak habis lagi sombong dia. geram aku! tak ucap terime kasih pulak tuh!

Until one day. selepas main doctor refer dia dekat doctor pakar yang lain, end up the doctor asked to insert  Ryles tube.


 untunglah kau kalau dah pakai Ryles Tube pon, boleh berselca kan?

Nampak gaya, aku la yang kena insert tuh... -__-!

Sebelum insert tube, die sempat bagi pesanan..

'pelan-pelan ye, Allah je yang tahu, rasa dia macam mana'

Aku : Ye

Aku masukkan pelan pelan, time tu tiba-tiba aku nampak air mata die menitik,dari situ terus aku rasa kesian . tu la first time aku nampak dia menangis, hilang trus rasa sakit hati aku .

Ya Allah, Kenapa aku ada perasaan marah-marah dekat dia? sedangkan dia tengah sakit, dan memang wajar kalau dia asyik complain? 
*terus rasa bersalah*

Habis je insert, dia terus mintak maaf dengan aku, teharu gyler time tuh, lupa terus apa yang die buat dekat aku dulu.. ada satu ayat , aku takleh lupa 

dia cakap

'Aku tak tau, macam mana nak balas jasa korang ni, Allah je mampu balas jasa kau orang'
*aku tahan air mata time tuh*

next situation 
Ade sekali dia menangis depan aku, menistis-nitis air mata dia,
 aku tanya.. 

A: kenapa ni puan?
P: saya risau dengan kesihatan sayee..
A: Puan jangan risau, Allah kan ada, doa la dengan Dia. mesti Dia dengar ..
P: saye tahu, tapi saye stress... (lap air mata) 
A: Saya faham perasaan puan., tapi kalau stress sangat , kesihatan akan makin teruk nanti...

Start dari itu, aku cam concern cikit kalau dia panggil,dari situ banyak benda aku belajar,

 Allah timpakan kite satu masalah , mungkin disebabkan kesilapan kite yang lalu. jadi Allah bagi balasan dekat dunia.

Dari situ jugak. aku pesan kat dia kalau boleh solat, puan solatlah, tapi kalau tak boleh, sekurang-kurangnya zikir lah :)

Alhamdulillah, kesihatan dia makin pulih, jadi sesiapa yang bace blog ni, tolong aku doakan kesihatan dia..

Aku bukan dapat royalty pon update blog pasal dia..
 tapi, sebagai manusia dan saudara sesama islam , aku rasa bertanggungjawab buat benda ini..
Sesungguhnya Doa dari kalian , amat dihargai :')


Thursday 19 December 2013

Rasa Syukur

Assalamualaikum..

- Sorry entry sedikit panjang -

Kadang- kadang kite sendiri terlepas pandang tentang benda ni. Yes! rasa syukur, betul ke betul apa yang aku cakap? bukan stakat korang je ... tapi aku pon sama , hoho! okay, sekarang bukan masa nak gelak ketawa . be serious please. *amboi*

Yes,I admit yang aku ni jenis yang selalu merungut. Sampaikan aku terpikir kenapa aku ni asyik merungut je ? padahal Allah bukan bagi masalah teruk sangat pon kat aku teruk .ramai lagi orang kat luar ada masalah lagi besar dari aku.. tu pon aku tak syukur lagik? ha nampak? biasalah manusia memang tak pernah nak bersyukur, Allah tarik balik nikmat baru kau tau .

Dulu waktu aku kecik-kecik, aku di besarkan kat kampung, and dulu kalau name duduk kampung, memang kampung girl la kau kan... tak macam sekarang,budak kampung da ngalahkan budak bandar die punya maju. huhu!

Waktu darjah 6, tahun mencabar bagi aku,

Time tu arwah atok jage kambing... and dia selalu suruh aku suruh tambat kambing kat kebun-kebun. so aku kadang-kadang stress.. sebab pukul 4 pergi tambat, dalam pukul 7 suruh kambing balik semayang magrib, hehe! (masuk kandang) , malam penat , tido sampai esok pagi, sampaikan kawan-kawan sekolah panggil aku syahida kambing..haa, malu tahu?? sakit habis jari-jari aku, tapak tangan keras penuh kematu.. bukan setakat itu, semua kerja budak lelaki aku buat, angkut durian subuh-subuh (tolak guna kereta sorong), menyapu sampah kat halaman , tolong gergaji  kayu untuk buat reban ayam....amacam bro, cayo tak??

So, at that time, aku  sangat rasa takleh blahhh..  Tapi time grows so fast, bila fikirkan balik, Alhamdulillah Ya Allah, aku ada kenangan yang orang lain tak ada, kental terima dugaan, and rupanya semua  tu mengajar aku, macam mana orang susah hidup. And that one of the training, kire macam physically and mentally training la kan, sangat berterima kasih kat arwah atuk and opah aku :') * lap air mata*

sampai kan arwah atok pernah cakap 
susah bila si syaida ni tak da kat rumah, haa... mau kau tak bangga ?? sebab arwah atuk aku punya garang, lain macam.. macam singa pon ade . haha!

Secondly, aku bukan dari kalangan keluarga yang kaya, Yes! betul... dari sekolah sampai sekarang ,kalau nak apa-apa, semua kena usaha sendiri,and aku rasa jealous bila tengok kawan-kawan lain

' mak, nanti mak tolong belikan adik baju, kasut, tudung and  +==+#&9%^3... hamboi, macam - macam pulak budak ni mintak kat mak dia '

Terdetik dalam hati, ish, bestnya..kalau la aku dapat jadi macam tuh...

Dari kecil okay, apa aku nak? nak beli kasut? nak itu ? nak ini? nak simpan duit lebih sikit? haaa... pergi la kau carik duit sendiri and beli :)
Aku pernah keluar menoreh getah dengan opah, pastu , opah bagi la aku sikit dalam RM 5, wahhh! senyum sampai ke telinga kott time tuh! sebab dah rasa besar giler da RM 5 tuh. yela hasil kerja kan.. padahal sekarang RM5 tu kecik sangat... tapi Alhamdulillah..syukur.

Nak hang out dengan kawan time sekolah pon, gune duit sendiri.. kalau tade duit, aku seriously takan keluar,kau duduk la melanguk,tengok ceiling rumah! so, setiap hari, aku kumpul duit sekolah, belanja Rm 2,*sekolah depan rumah* spend dalam Rm 0.50 (beli fish cake) balance , letak dalam tabung..

Bila dah besar, aku syukur, sebab aku jadi sorang yang berdikari, kira kalau tak da duit, aku tahu macam mana nak cari, Allah bagi aku jalan keluar dari kesusahan tuh :) yang penting kite kene bersyukur je kat Allah s.w.t :) betapa baiknya Allah denga kite kan??

Next, tentang study dan pekerjaan :)

Aku ni bukanlah di kategorikan sebagai pelajar cemerlang,tapi aku lebih kepada pelajar yang perform di saat akhir,*so, akhir taun baru result nak naik* haa.. tu baru rare!tapi tak jugak dapat striaght A's nye boh!

Dulu after Form 5, sebenar benarnya , aku nak ambil course Psychology, yes, memang aku aim benda ni dari form 2, takk tau kenapa, tapi yang pasti, aku suka.. Aku suka tanya dalam hati, kenapa dia buat ni? macam mana dia boleh jadi macam tuh? bagaimana? haaa.. dah macam budak busy body la pulak kan ? ngeh!
Tapi.. lepas berbincang dengan arwah atuk sebelah mak aku,dia cadangkan aku supaya aku ambil nursing, so, mama and baba pon ada time tuh, dan paklong aku sanggup datang rumah untuk counsel aku pasal ambil nursing ni... nak dijadikan cerita, aku memang tak minat lansung benda ni.. ishh!!!! mencikk!!! sampai aku nangis-nangis *nangis lagik* punyalah tak nak kan ambik nursing..

Tapi bila sekarang, Alhamdulillah, aku bersyukur , sebab time aku belajar lagi kerja yang tunggu aku, bukan aku tunggu kerja :) rehat 2 minggu then terus masuk kerja, sebab dapat sponsorship :)

So sekarang korang nampak tak, 
yang Allah create something in our life (challenges) , but at the end, He gave us something that we ourselves can't imagine. something beautiful :')

Tapi apa yang perlu kita buat sebagai hambaNya adalah,BERSYUKUR je .. tu pon susah ke ??

sekarang nampak tak ?

Oh ya.. ade lagi satu, nikmat sihat.. memandangkan badan aku susah nak sakit, such as demam la.. ape laa..yela, sakitkan boleh dapat MC, best sikit , cuti lama yahooo!
Aku time study, sampai sanggup buat diagnosis sendiri, ada Migrain la Sinusitis laa. padahal dokctor pon tak pernah cakap macam tuh..ISh3! teruk betul aku. otak nakal betul :p

Tapi kau tahu tak, kau ingat best ke sakit tuh?? syukur la Allah bagi kite sihat, dapat jalankan perintah Allah, dapat buat kerja tanpa diganggu dengan masalah kesihatan..So, Syukur okay :)



Ketika berada di Masjid Incheon, South Korea

Sunday 15 December 2013

Havoc Bersama Jom Heboh

Assalamualaikum...

Beberapa minggu yang lepas, member aku ajak pergi Jom Heboh, jadi dengan rasa kasihan , lalu aku pon pergi, dari sini korang boleh nampak yang aku ni caring orangnye ..*silent*

Aku ni kurang sikit kalau nak pergi tempat-tempat hiruk macam ni... sebab nanti pening kepala , (okay yang ni psychology namenye) . Jom Heboh ni buat kat Bukit Jalil so dekatlah dengan Ampang, tapi common sense guys, kalau korang naik kereta semestinya jem. jadi buat pilihan bijak, dan sayangi bumi ini dengan menaiki public transport.. cehh padahal nak jimat :p

LRT Ampang ---> Chan Sow Lin ---> Bukit Jalil

Mudah dan murah. tapi dengar cito tambang nak naik? 

As you all know, kalau pergi tempat macamni mesti banyak barang murah-murah.. ade kedai jual telekung la, jubah, tudung macam-macam la ! dengan harga yang sangat murah! 

Tapi dalam banyak -banyak benda yang murah tuh , benda paling aku tertarik adalah ini! 




Antara sebab aku tertarik : 
  DAPAT FREE!!!!!

walaupun aku tak makan whiskas,tapi... disebabkan free so aku ambik jugak lah
 kat rumah aku takde kucing pon sebenarnya, (aku bela)
 tapi, aku nak bagi kucing giler yang selalu berlegar legar kat kawasan rumah aku tuh
wah! sedap la kau dapat Whiskas kan kucing ?


ni pulak, kedai bear-bear 3 barang RM10, tapi bear atas ni taklah, 
sekarang aku admit yang girls memang suka bear! tak caya? kau tengok senyuman member aku ni.

And one more thing,si Khai ni peminat tegar Fahrin Ahmad.. dia siap cakap awal-awal yang nak sangat jumpa si Fahrin tuh.. padahal dia tak tau, yang Fahrin punya rumah sebelah apartment aku je :p hehe ! *jujur okay*

Nak dijadikan cerita...
Time kitorang jalan-jalan dekat kedai Power Root, 

tiba- tibaa!!!



aku tak tau pon dia akan turun padang!
haaa!! hamek kauu..menggigil-gil tangan aku tangkap gambar!time ni dah tak fikir dia jiran aku ke tak! haha!
 terus beli air Oligo RM1 jual kat depan booth Power Root supaya tak la nampak macam taksub sangat.!. 
pandai diorang ni meniaga !


Amacam sasa tak bicep abang dik?


alaaahai kiutnye dia senyum macam tu..hoho!
die tengah bercakap time ni.. aku terclick, dan terhasillah gambar macam ni..
kau tengok jelingan mata dia pandang bro spec mata tuh...
Tajam tak tajam?

Selain daripada Fahrin.. ada jugak artis - artis lain yang turun padang.. antaranya..
Wan Mentor


 Dulu punya la kurus si Wan nih...sekarang , hati senang kot :D 
Pengacara WHI pon ade :)


Ustaz pon retis bohh.. yang ni booth dari TV Al-Hijrah... time aku pegi kat booth ni.. Ustaz tengah nak ajar ciri-ciri orang yang ada Saka,... seram aku! tengah - tengah ramai macam ni boleh lak nak  carik saka! haha!


karoke bersama diorang ni... lawak gyler brother ni nyanyi!


geram aku dengan belon air belakang ni.. time nak tangkap gambar die boleh pulak senget- senget!


 Si Khai bersama dengan belonnya ..


End up belon ni datang jugak dekat ngan aku..
aku suggestkan korang kalau pergi ke tempat macam ni, supaya pakai tudung yang lebar macam ni.. bagi siapa yang malas bawak telekung la.. sebab senang nak solat..
biasalah ruangan surau dan bilangan telekung sikit, orang ramai..
pakai macam ni sonang.. walaupun nampak macam Ustazah kan.. tapi wa tetap rock beb!

boleh contact sini :- 0196724274 
untuk order shawl macam ni :) 

atau click je kat gambar tepi Trisple S :)

OK? Assalamualaikum! piiwiiittt ~ 

Friday 18 October 2013

Is Back

Assalamualaikum...

hai uolls, maaf aku jarang update blog, cehhh! bajet ramai sangat la yang akan baca blog kau kan sya? padahal follower 5 orang jew, memang tak boleh blah! haha! bukan ape, rupa-rupanya blog aku ni ade jugak silent reader yang aku sendiri pon tak tahu, tau-tau jew, kene tegur sebab lame tak update..

Yela, aku sekarang busy dengan hidup reality berbanding hidup siber aku ni :p

okay, so sekarang ni aku nak bagi tahu yang aku baru buat page baru khas untuk peminat-peminat wide shawl, alaa, macam aku pernah jual sebelum ni :D

Jadi kalau tak keberatan boleh la singgah di page aku...Sumbanglah "like' korang tuh kat page ni sebagai tanda korang support aku ~ *bunyi seperti mencapap pulak* dah hatenye kalo edok gemonye tapayah la nak like -_-! grrr! hamboi marah pulak :p

Triple S = https://www.facebook.com/pages/Triple-S/547266135328560

 ( ni link page aku kat fb... sila copy and paste la ye, memandangkan aku takk rgeti nak buat *click di sini* sume tu.. what a life ! 

Kat page aku ni.. aku hanya jual shawl / tudung yang bila dipakai tidak jarang.. labuh dan berkualiti InsyaAllah... So bagi sesiapa yang beli dari aku, aku harap sangat sila jangan pendekkan bila memakainya *paksa* huhu! Ini bukan kes paksa rela, tapi aku harap bagi pembeli dan pemakai bila pakai sama-sama dapat manfaat dan yang paling penting Allah suka :)

Kadang-kadang shawl yang aku jual, memang saje aku buat lebar-lebar.. supaya nanti bila pembeli tu nak pendekkan dia rimas, so nak tak nak kena la pakai labuh jugak.. hehe! silap-silap customer kau pon larikkk ! pandan ngan muka kau sya ! Tapi bagi aku, kalau kita buat benda baik, Allah pon akan hantar orang-orang yang baik untuk dekat dengan kita... bukan setakat dekat jew, bahkan beli barangan kite tuh :p *blushing*

Jadi, itu sahaja dari aku okay !

nah hamek la kalau korang nak tengok-tengok sikit.. ade setengah orang tak da FB :)jadi tengok la kat sini :)


Ni name die Italian Printed shawl :)
Rm 30


Cahaya Shawl
 Rm 29.90


Half Moon Flowy Shawl 

RM 40
Yang ni tengah SALE! so sila grab cecepat :D 
Harga sebenar rm 45 


Flowy Scarft :)
RM55 :)



Oh ya lupa aku nak bagitau.. korang jugak boleh tempah warna selendang yang korang nak.... 
Enjoy ya!

Discover the aurah attracts people's attention, but by covered the aurah attracts Allah's bless :)
amin!

Sunday 22 September 2013

Kembali bersama Flowy Scarft

Assalamualaikum...

Triple S kini kembali dengan shawl yang tebaru.. maaf update di blog lambat sikit berbanding facebook.. sebab tak sempat! hehe!

But uolls bagi sesiapa yang tak ade FB saya boleh click dekat gambar Harmony Scarft sebelah kanan ni okay :)

Keluaran kali ni.. saye improvekan dari segi,jahitan, kekemasan and kuality kain.. supaya kita dapat menutup aurat dengan lebih sempurna dan selesa :)

PROMOTION UNTIL 30hb SEPT 2013!

So, korang boleh la order laju-laju selalju kilat :p

PROMOTION PRICE : RM 48
NORMAL PRICE : RM 55

 Mustard Colour 

 Orange 



My Aunty wearing dark blue .. cantik... it suits to all ages... :) 

Enjoy ordering !

Sunday 15 September 2013

Terima Kasih Daun Keladi

Assalmualaikum...

Sedang aku mengupas kulit buah rambutan... Tiba-tiba terasa pulak nak update blog . Nampak gayanya kalau tak terasa tuh, mestilah takkan update la kan? ... apa punya pemalas aku nih ..huhu!

Seriously,aku tak sangka Harmony Scarft dapat sambutan yang macam ni sekali :) Syukur Alhamdulillah... Dia yang bukakan hati kalian untuk beli dan pakai shawl ni.. and kite harap korang pakai la selalu..supaya , kite , I meant kite and kamu kamu semua diberkati and dapat pahala ... Ameen ! 

*kite tu merujuk kepada aku sorang je.. bukan korang.. haruslah berkite kite.. sebab apa? sebab aku memang suka cakap kite-kite* muntah!


Dibawah ni.. antara customer-customer yang cute,cantik dan nak tambah lagi?? okay.. manis :) moga kita semua istiqamah dalam setiap apa yang kite lakukan ... *kite = merujuk kepada semua* hihi*





 Preggy mummy pon pakaii :D


Okay.. paling best this cute model pon ade !! gerammm.. macam anak patung kan?? ni lelaki la uolls, tapi macam gegurl kan?? :D mungkin nak dapat adek gurl kot nanti :D 

cantikkan mereka ??

Thanks for supporting Triple S.. InsyaAllah.. aku akan berusaha untuk tambahkan lagi koleksi :)