Friday 28 June 2013

2nd Day di Seoul,Korea

Assalamualaikum semua :)

Dari mana aku nak cerita ea?? aku pon cam takde idea sebenarnye.. tapi cite jelah! 
Alhamdulillah on 19.6.13.. akhirnya hajat aku tercapai jugak nak jejakkan kaki kat bumi Seoul... sebenarnya dari aku zaman kolej dulu memang nak sangat nak pegi Korea... So, barulah boleh rasa macam peminat K-Pop sejati gitiiieeuuuu.. ! uhuk! :)

Memandangkan aku first time naik flight, so perasaan macam excited tak hingat ! time flight terbang ke awan,aku beria-ria genggam tangan aifa disebabkan aku ni gayat orangnya... so, da genggam-genggam bagai tuh, lagi la nampak gaya aku macam naik roller coaster :D

oh! yea... kitorang pegi ke korea naik Air Asia, and tak de Tour Guide ... memandangkan nak save lebih banyak kos and tanpa Tour Guide lebih best! itu yang pasti... :D tapi kena la buat research sikit kalau nak pergi sendiri and kena berani :) FYI, kitorang pergi 2 orang je :D so.. korang ada bran? ada bran? at first, aku tak tahu pon wujudnya sorang kezen aku kat sane...lepas tinggal beberapa hari nak pergi, baru tok saudara aku cakap cucu dia ada belajar kat sane ...belajar di Inha Uni.. sama tempat dengan kak Farah Lee :) 

Sampai je kitorang kat sana  dalam pukul 3 pm.. kezen aku fetch kitorang kat airport :) tq Lan! :) Disebabkan kezen aku nak makan KFC.. dalam beg aku ada 30 ketul KFC dari Malaysia diterbangkan ke Korea :D percaya tak? caye tak ? :) and Lan jugak ajar kitorang macam mana nak guna T-Money and subway :)

Sampai2, pergi check in kat Hostel Korea.. hostel tu terletak di Shinsedong :) strategik jugak tempat ni! sebab nak pergi ke Namdaemun dekat nak pergi ke Myeondong pon dekat.. and nak pergi ke Dongdaemun pon dekat ! :D (area shopping-shopping) :) so, korang kalau nak book,aku suggestkan kat sini! tempat bersih and layanan die memang bagus! :D

Hari ke 2

Lepas penat semalam belum habis lagi... nah hamik kau .. baru tidur 4 jam..dah cerah balik....subuh di sana masuk dalam pukul 3.20 am..and start cerah dalam pukul 4 lebih pagi...and masa cepat sejam dari Malaysia :) kalau korang dah terbiasa bangun pukul 6.. sila terkejut ! sebab pukul 6 am diorang dah macam pukul 8am kite !! cerah gylerrrr !!

Hari ke-2 weolls cadang nak ke Nami Island...dalam lebih kurang 2 jam + naik subway + naik ferry + jalan kaki + tanya-tanya orang :) and time ni kezen aku takda, dia ada kelas.. so weolls main redah je okay :D memang best!



Sampai jugak!tiket masuk ke Nami Island ni dalam 8,000won bersamaan dengan rm24 :) harga ni + naik ferry sume :)


bangga sebab ada bendera Malaysia... and orang diorang pelik tengok weolls musim summer pakai tudung :D  we proud to be a muslim :)


masuk-masuk je.. dah ada snowman keras ni.. aku rasa diorang ni kena sumpah time Filem Winter Sonata buat kat sini :p



masuk lagi Nami.. baru jumpa tempat ni :) kat sini banyak couple akan bawak basikal... semuanya gara-gara terpengaruh macam dalam filem! hehe! tapi diorang sweet :D























kat tepi tempat tadi.. baru ada jalan yang atasnya ada lampu-lampu putih ni :) sangat cantik! lagi cantik kalau tengok depan-depan! :D *ayat bakar suruh pergi Korea :p*


gambar ni ajushi kat bawah ni yg tangkap ! :D
round-round lagiii... baru ada tempat pelakon winter sonata duduk :D aku pergi time summer, maaf la, dia tak panggil winter sonata... kita panggil 'Summer Sinetron :p' bolehh jugaakkk ! 


so..time weolls tengah seronok tangkap gambar, ade sorang ajushi ni pandang je sambil senyum-senyum :D dia tanya : Arab?? arab?? (maksudnya weolls ni datang dari arab ke ?)
weolls : anneyoo ajushi.. Malaysia :)
pastu die berabuk cakap korea ! haaa... hamek kau! anneyo sangat kannn :D haha!
haa... tengokk.. macam bapak ngan anak kan?? kejap je dah rapat ! :D siap letak tangan atas bahu aku lagi! nak je aku jerit, ajushiii HARAMMM!!! :(


so kat tepiii sekali baru ada kawasan pohon daun-daun sakura ni.. aku rasa kalau season Spring or Autumn tempat ni mesti cantik ! :) musim panas... haaa, peluh la kau dapat :) and kitorang je ada kat kawasan ni.. orang korea semua lari kat tempat redop je :D




so... gambar yang atas and bawah tu kat tempat yang sama.. kalau korang tengok gambar kat atas tuh... batang pokok kat kanan aku.... tu la tempat aku amek gambar untuk gambar kedua ! hehehe :D ayuu habis la tuhhh... 


time ni dah haus tahap dewa dah ,tapi senyumm jugak!.. tadi dari kawasan atas.. turun je ikut tangga ni.. korang boleh nampak island kat depan :) malangnya takda gambar island dengan aku :(.. ada kat Aifa :D kaki pon dah tak larat time ni... 

                                                               


Adalah diharamkan bagi lelaki melihat orang hitam disebelah kanan aku tuh.. muka laki tapi badan perempuan.. aku rasa, time mak dia mengandungkan dia... mak dia terkena tulah :) baby dia pulak minum susu sampai kulit jadi cerah berbanding mak dia :D

Petite France


Lepas ke Nami Island, kitorang nak ke Petite France pulak, bagi peminat Running man and We got married.. diorang ade shoot kat kawasan Petite ni :) tapi kitorang xtau macam mana nak pergi..so kitorang tanya la 'oppa' ni.. disebabkan handsome,so kenalah panggil 'oppa' yeay!  :) dia boleh cakap english :D disebabkan serik cakap korea dengan ajushi tadi ;p terus decide cakap english :D

So nak pergi ke Petite kena naik bus..station bus tak jauh dari tempat pintu masuk Nami tadi.. just jalan sampai ke 7E depan tu je :) naik bus, tambang nak ke Petite tu dalam 5000 won  = Rm15 :) memang jauhhhhh hoiii! no wonder la sampai 5000won .. siap kepala aku terlentuk-lentuk dalam bus :D aku dah la duduk sebelah drebar pulak tuh.segan aku!. ajumunni (conductor bus) bagi duduk :) muka aku nampak letih sgt kotttt :D

tara!!!







comelkan warna and bangunan kat sini??? kat sini ala-ala ade sejarah pasal orang france...


ni pulak tempat luahkan ayat ayat cinta diorang la..tapi berbentuk loceng :)


kawasan dalam bangunan tersebut... ada macam macam ! :D rugi tak masukkk :D


nak tangkap gambar macam ni.. kena naik tangga.. and tukang tangkap gambar kena baring :D baru dapat shot yang cantik.. tapi Aifa segan nak baring... die tangkap sambil berdiri jew :D tapi still lawa gambar.. bukan aku :p

time ni masing-masing rasa kaki nak tercabut da...



kawasan Petite France...sejukk je kawasan kat sini .sebab atas bukit :)


ni pulak kawasan lua Petite France....lupa pulak .. nak masuk kat sini pon kena bayar tau ! :) 8000 won jugak tak silap aku :)

owh ye, tambang bus 5000 won tadi tu pergi dan balik.. sila jangan hilangkan tiket.. jangan jadi macam aku... aku tak tahu kena guna tiket yang sama.. so,tiket bus tu tercicir :'( rasa nak nangisss je.. tapi nasib baik uncle driver bus tu percaya kan weolls.. so time balik tayah bayar lagi sekali untuk naik busss! orang korea memang baik-baik !
menyebabkan perlancongan weolls lebih bermakna ! :D
Malamnya pulak... weolls pergi ke City Hall ... tak habis penat sebenarnya.. tapi alang-alang kat tempat orang..redah aja... :D


   

cantikkan river ni :)


Disebabkan tempat ni macam romantik-romantik...so banyak la couple kat sini :) and kat sini jugak sangat damai :) kalau ada problem.. nak tenangkan fikiran, boleh la lepak kat sini.. and air dalam kolan ni sejukkkk sangattt!!
orang korea ni suka riadah.. nanti aku cerita time Hanggang River pulak okayyy...

okay.. tu je entri untuk hari ke 2 kitorang :D

anneyooonngggg ! :D

No comments: