Saturday 31 August 2013

Bergaya with 3M!

Assalamualaikum.

Hai, berbalik kepada tajuk diatas apakah yang dimaksudkan dengan 3 M ? Adakah 3M itu bermaksud, membaca, menulis dan mengira?? tapi kalau nak digabungkan ayat diatas dengan 3M yang baru aku sebut tadi, bunyinya memang pelik . sekali gus menyimpang dari maksud sebenar aku . hehe! ayat macam budak darjah 1 :) comel tak ? :p

So, kat sini, siapa yang suka bergaya?? aku? ha, boleh laaa... tapi kalau malas sangat, jeans, tshirt,tudung syria dengan selipar jugak aku sambar :) Hoho! 

Aku ni bukan la fashionista jauh sekaliiii la famous blogger , sampaikan ada yang akan follow apa yang aku tulis skang ni. haha ! tapi sharing the tips, yang tak membazirkan duit dan still uolls will look stunning,InsyaAllah ! :D

3M : 

Mudah
Murah
Muslimah

Sweet tak? hehe!

Semalam, aku pergi kenduri.tema kaler merah, tapi al-sebab aku takda baju kaler merah, aku dengan automatiknya tuka kaler tema kenduri tu jadi kaler pink . hoho! mula-mula macam segan la pulak nak pergi . Konon la kan :p tapi end up pergi jugak . bila dah sampai dekat majlis, tengok-tengok kezen aku semua pakai baju kaler pink! hahah! Rupa-rupanya, semua tukar warna tema on the same day :)

Tengok ni :D


semua buat gaya kiut. aku buat gaya over.

Seperti biasa 'cehhhhhhh ayat 'seperti biasa' tu memang tak boleh blah, bajet kau retis la syahida'? 
woi, tapi aku serious, ni memang soalan lazim orang tanya aku
'Herm... baju awak, awak beli dekat mana?'

Macam baju kat atas ni, dia baju sekali sarung, so tapayah la kau, kalau nak keluar menjajau carik kain baju peplum kau yang hentah kemana tuh
Cara pakai macam jubah, tapi dia peplum style.. kreatif right? thats why i loikkke ! kain tak panas :) 
so, mudahlakan? yang paling penting korang tapayah nak gosok! haa... bertambah mudah dan malas lah kau Senah...

Selain daripada tuh, sebagai seorang yang sangat berjimat cermat.. hehe! aku sangat cerewet pasal harga. Harga mestilah affordable and reasonable dengan kain, mutu dan keunggulan. haaa kemain lagi kau.
Harga RM 59 sahaja..sebagai orang yang dah bekerjaya.. aku rasa baju-baju aku paling murah la kot :p

Apa yang lagi best pakai baju ni selain daripada dia kaler pink, baju ni muslimah amat, sebab longgar.. and peplum dia tutup pinggul kau yang mengiurkan tuh :) so.. aku rasa it worth it la kan? dah la murah pastu mudah and muslimah pulak  tuh :) 

Yang peling penting menepati cita rasa :)


Cantikkan pengantin? :) simple je event ni tapi best ! :D

Kaler pink ni padan nak pakai apa-apa tudung sekalipon..disebabkan kaler baju aku ni too bright, so aku slow down sikit dengan kelabu.. orang kata tak padan, better kaler biru.. tapiii 'suka hati aku la.' 
Boleh tak jawab macam tuh.. Ngeh!


Macam kezen aku ni.. dia pakai pink dengan hijau, lawa! 
'eee... tanak laa kontra sangat..'
eeeehhh... helloo,kontra tu la yang cantik :D

Oh ya.. macam mana nak dapat tudung syria macam tuh?? 
Tudung syria tu RM 10 je :) tapi aku beli lace setengah meter :) murah je RM 6,lace tu kau pinkan je dekat anak tudung.. supaya kau boleh la pakai kat tudung plain yang lain :)





Pink + pepel pon boleh :D
Wide shawl ni aku sukaaa sangat.. aku akan pasarkan bila dah ada banyak kaler nanti :) InsyaAllah...
TQ kezen sebab ajar cara pakai shawl ni kat kite ! :)


Siapa kata orang Islam tak boleh bergaya mengikut syariat? Omeyyy kan?!
Shawl ni senang, sebab boleh buat telekung sekali.. tak jarang :) and korang still boleh bergaya jugak :) Flowy gilerrr kan? :D

macam mana nak pakai shawl besar macam ni!!!!!

Sabarlah sayanggg.... ni I share dengan you :D

 http://www.youtube.com/watch?v=Rd0fEy0P9ek

Nah! copy and paste link ni... boleh pulak hilang video dekat dalam blog ni :(

Okay tq ! :)

No comments: